Thursday, January 31, 2008

P. Ramlee: Melodi Lagenda.

Program Siri Syarahan Aswara telah dianjurkan oleh oleh Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan yang telah disampaikan oleh Encik Yusnor EF bertajuk P. Ramlee: Melodi Lagenda.
Penyampaian syarahan ini banyak berkisar kepada sejarah P. Ramlee sehingga dimartabatkankan sebagai seorang lagenda dalam seni muzik.
Penceramah juga banyak mengimbas kembali kenangan beliau bersama P. Ramlee serta prosedur yang terpaksa diikuti bagi melahirkan seni budaya yang dapat dikenag sepanjang zaman.
Siri syarahan ini banyak memberi pengetahuan yang lebih dekat kepada generasi baru yang lebih banyak terdedah dengan kesenian moden berbanding dengan kesenian warisan.

Monday, January 28, 2008

Perjumpaan Produksi 1 Seni Tari dan Seni Muzik

Tarikh : 28 Januari 2008
Masa : 3.15 - 4.00 petang

Produksi 1 Seni Tari dan Seni Muzik akan diadakan pada 24 Mei 2008.
Koreografer bagi 1 Nilam ialah Athirah Najwa bte Rosli. Bagi lagu tarian yang digunakan bertajuk Joget Mengambil Hati. Penyediaan set pula sudah siap 40% rangkanya tetapi belum diwarnakan lagi. Ajk busana telah berjaya mendapatkan baju pengantin tetapi bagi baju penari masih belum pasti lagi.Ajk yang lain telah pun membuat persiapan mereka masing-masing.


Taklimat daripada Athirah Najwa

Kelas 1 Zamrud pula sudah membuat persiapan mereka tersendiri kata koreografer kelas tersebut iaitu Nurul Aidilla Syamimie.Antaranya,lagu bagi tarian mereka gunakan ialah Zapin Dia Datang.Ajk penyediaan set pula sudah menyiapkanbeberapa rangka set mereka.Bagi penyediaan props,mereka menggunakan guni dan daun kering manakala penyediaan busana pula akan di usahakan untuk meminjam busana daripada Yayasan Warisan Johor dan meminta pertolongan pelajar lelaki untuk meminjamkan sampin mereka untuk digunakan dalam busana mereka.


Pelajar tekun mendengar taklimat daripada koreografer.


Bagi kelas 1 Topaz,koreografer mereka iaitu Nur Farhana telah memilih lagu yang bertajuk Rancak Bertemu dan lagu Canggung.Selain itu,busana bagi penari sudah ada tetapi masih belum dibawa lagi.Ajk busana juga memerlukan pelajar lelaki meminjamkan songkok tinggi mereka.Ajk Tatarias pula sudah siap bersedia dengan lakaran dan surat sudah siap dibuat.Penyediaan set,props,dan tatacahaya pula akan siap dilakukan selepas cuti tahun baru cina.
Bagi ketiga-tiga kelas, peralatan muzik yang diperuntukkan bagi kesemua lagu ialah set angklung, kompang, jidur, harmonium, violin, gitar, rebana, set gendang, gamelan dan gitar bass.Bagi pengurusan muzik,ahli pemain muzik tidak mencukupi untuk menyempurnakan persembahan.Mereka memerlukan pemain muzik khususnya alat muzik tradisional seperti gendang,gamelan dan sebagainya.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh
Mazlan bin Abdullah

Sunday, January 13, 2008

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2008

Sekolah Seni Johor Bahru, Johor telah menerima seramai kira-kira 43 orang pelajar baru Tingkatan 1 bagi sesi persekolahan 2008. Pelajar-pelajar berbilang kaum yang cemerlang ini telah hadir melapor diri bersama ibu bapa masing-masing dan perjalanan pendaftaran pelajar ini telah berlangsung dengan baik berkat kerjasama para guru dan pihak pentadbiran sekolah.

Majlis ini telah diserikan dengan persembahan pelajar bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga pukul 11.00 pagi untuk menghiburkan ibubapa serta menghilangkan kebosanan sebelum sesi taklimat bermula.

Majlis pendaftaran pelajar baru telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan ( JPJS ) Pn Rawiyah bte Mustaffa Kamal. Majlis diteruskan lagi dengan persembahan multimedia mengenai latar belakang sekolah.

Sehubungan dengan itu, para ibubapa juga diberikan taklimat ringkas tentang sekolah oleh Pengetua Sekolah Seni Johor Bahru, Tn Hj Ishak bin Mahbob.

Friday, January 4, 2008

Ujibakat Konsert Kementerian Pelajaran Malaysia 2008

Konsert Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun ini akan diadakan pada 14 Mac 2008 di KL Convention Centre.

Semalam aku bermesyuarat di Putrajaya bagi membincangkan mengenai sesi ujibakat untuk pemilihan penyanyi dan pemuzik di seluruh Malaysia.

Sesi tersebut akan diadakan pada 8 Januari 2008 mengikut zon di lokasi-lokasi berikut bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Utara - IPSAH Sungai Petani Kedah.
Tengah - IPIK Cheras
Selatan - Sekolah Seni Johor Bahru
Timur - IPKT Kuala Terengganu
Sabah - IPGaya
Sarawak - Sekolah Seni Kuching

Semoga Berjaya!

Selamat kembali ke sekolah

Sesi 2008 telahpun bermula dengan kembalinya pelajar-pelajar setelah bercuti panjang. Pejam celik pejam celik dah setahun belajar.

Homesick pun dah hilang malah makin seronok berada di sekolah ini. Ramai yang tak sabar-sabar nak memulakan sesi pembelajaran..... apatah lagi bila peralatan muzik dan lain-lain dah bertambah dan prasarana yang telah di'upgrade'.
Pelajar-pelajar tingkatan dua telah mendaftar di asrama pada hari Rabu 2 Januari 2008. Ada yang bersemangat menolong aku memasang almari baru dibeli.... tapi iyelah harapkan ramai aje.... tak siap jugak.... Last-last aku jugak yang buat ikut manualnya.

Di masa yang sama jugak aku dan Penolong Kanan Seni mengadakan perbincangan dengan Pn. Siti Hajar untuk mengadakan satu bengkel Muzik Vokal di sekolah ini yang dirancang pada 22-24 Februari 2008. Program ini juga akan melibatkan pelajar dari Sekolah Seni Kuching Sarawak
yang akan dijemput sama .


Tuesday, January 1, 2008

Beberapa perubahan fasiliti

Tahun baru 2008 telahpun menjelma, maka dengan azam yang jitu dan semangat yang kental untuk membangunkan modal insan khususnya dalam bidang kesenian pelbagai perubahan yang telah dilakukan si sekolah ini di bawah pengurusan yang baru.

Antara perubahan prasarana dan kemudahan yang dibuat adalah menaiktaraf pejabat seni, bilik guru, studio muzik dan pelbagai lagi.
















Koridor pejabat
















Bangunan Asrama