Wednesday, October 29, 2008

Rehearsal Malam Gala Kesenian di RTM

Hari ini para semua pelajar ke auditorium RTM untuk menyertai raptai persembahan MGK.
Memandangkan auditorium RTM tersebut telah ditempah pada hari Sabtu dan cuma hari ini shaja yang free maka kami telah menjalankan raptai ini.

Tujuannya adalah untuk membuat penentuan kedudukan setiap acara persembahan, laluan pelajar semasa persembahan, sistem audio, lighting, pengacara, susunan props dan sebagainya.

Pn Siti Hajar turut membantu memberikan pandangannya terhadap persembahan pelajar SSJB.

Tuesday, October 28, 2008

Latihan MGK dan Tips oleh Dr Siti Hajar

Hari ini pelajar-pelajar meneruskan latihan persembahan untuk MGK.

Turut hadir dalam latihan ini adalah Dr Siti Hajar yang memberikan tips-tips yang sangat-sangat berguna kepada pelajar yang akan membuat persembahan nanti.

Di antara tips yang dikongsi oleh beliau adalah cara mengatasi perasaan gemuruh, bagaimana untuk mempbuat persembahan dengan konfiden, bagaimana untuk membuat lontaran suara, teknik vokal, teknik conducting , latihan koir dan showmanship.

Dr Siti Hajar ini adalah seorang pejuang seni yang sangat dikagumi dan berpengalaman luas dalam bidang muzik di negara kita dan beliau suka untuk menyampaikan ilmu yang ada padanya kepada sesiapa sahaja.

Selain itu, beliau turut memberikan kata-kata nasihat, perangsang dan motivasi yang sangat berguna kepada semua pelajar.

Terima kasih dari kami khas buat Dr Siti Hajar.

Saturday, October 18, 2008

Persembahan Gamelan Sempena Festival Tari Malaysia Peringkat Negeri Johor

Selesai sahaja Majlis Sambutan Hari Raya SSJB, Kumpulan Gamelan SSJB telah bersiap untuk membuat persembahan di Auditorium RTM, Johor Bahru bersempena dengan Festival Tari Malaysia Peringkat Negeri Johor.

Di samping itu, 40 pelajar SSJB turut dijemput untuk menyaksikan pertandingan tersebut. Itulah untungnya bila sekolah dekat dengan RTM. Senang nak pergi bila ada aktiviti kesenian dijalankan di sana.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Hari ini warga SSJB telah mengadakan satu majlis rumah terbuka Aidilfitri.

Majlis ini telah turut dihadiri oleh En. Jalaludin bin Othman (Timbalan Pengarah Dasar dan Pembangunan Sukan BSSK), En. Md Hasidin bin Zaini (Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN Johor, En Saliman Selamat (Wakil PPD JB), Pn Rawiyah Mustafa Kamal (Ketua Unit Seni BSSK), Cik Hajah Roahana Ismail (Pengetua SSJB) dan pengerusi PIBG.

Majlis ini dijalankan di Dewan makan Asrama, bermula dari jam 12.30 tengah hari. Apa yang menariknya, bagi ibu bapa pelajar yang tinggal di Kuala Lumpur dan sekitarnya telah datang dengan menyewa bas atas usaha En Jazlan selaku NYDP PIBG.

Majlis turut diserikan dengan persembahan muzik dan tarian di samping DJ corner yang dikendalikan oleh ayahnda Khairul Anuar.

Makanan yang disediakan secara buffet terdiri daripada pelbagai jenis menu seperti lontong, soto, sate, laksa johor dan nasi beriyani.



Selain itu, ibubapa tidak melepaskan peluang mereka untuk turut mengadakan pertemuan dengan guru-guru untuk berbincang dan mengetahui perkembangan anak-anak mereka yang berlajar di SSJB ini.

Majlis turut dimeriahkan lagi dengan acara karaoke oleh Pn Siti Hajar dan ibubapa, guru dan pelajar.