Monday, July 20, 2009

Tahniah Kejayaan Produksi PMR 2009

Tahniah kepada semua pemuzik yang bekerjasama sebagai satu pasukan bagi menjayakan persembahan Produksi PMR anda.

Tahniah sekali lagi. Anda telah melakarkan sejarah Sekolah Seni.

Thursday, July 16, 2009

Laporan Tenaga Kerja Pengarah Muzik Konsert PBS Tahun 2009

Tarikh : 15 Jun 2009

Masa : 3.30ptg-5.30ptg

Tempat : Studio Muzik

Mentor : Miss Mah Nyuk Ying

Laporan

Pada hari tersebut,kami diminta berkumpul di Studio Tari untuk taklimat ringkas tentang produksi kami.Pada hari tersebut,saya hanya menyenaraikan alat-alat muzik tradisional yang akan digunakan seperti gamelan dan juga ghazal dan memeriksa setiap alat muzik tersebut untuk mengenalpasti alat muzik yang manakah yang rosak dan perlu diperbaiki.Setakat ini,saya mendapati alat-alat muzik seperti slentem dan melet saron penerus.Perkara ini telahpun saya melaporkannya pada Pengarah Muzik.

Selain itu,saya juga turut membantu pemuzik-pemuzik yang lain dalam mencari lagu untuk dimainkan pada setiap segmen.


Tarikh : 16 Jun 2009

Masa : 3.30ptg-5.30ptg

Tempat : Studio Muzik

Mentor : Miss Mah Nyuk Ying

Laporan

Pada hari tersebut,saya hanya menolong rakan-rakan saya dalam mencari lagu untuk dimainkan semasa produksi.Setakat ini,saya hanya perlu mengenalpasti alat-alat muzik apakah yang benar-benar akan dimainkan semasa produksi.

Sebelum mencari lagu, ahli muzik sedang diberi beberapa taklimat terlebih dahulu daripada Miss Mah.

Tarikh : 18 Jun 2009

Masa : 3.30ptg-5.30ptg

Tempat : Studio Muzik

Mentor : Miss Mah Nyuk Ying

Laporan

Pada hari, kami masih lagi membuat latihan bagi lagu – lagu yang diperlukan dalam segmen 1. Pada hari tersebut,saya telah mula membuat latihan bagi lagu segmen 1 kerana ingin memantapkan lagi supaya apabila digabungkan bersama – sama lakonan dan tarian, bahagian muzik tiada apa – apa masalah yang timbul. Namun begitu, kami masih lagi kekurangan ahli muzik dan juga barang yang diperlukan untuk dijadikan alat muzik bagi segmen 1 tersebut.