Showing posts with label Bengkel. Show all posts
Showing posts with label Bengkel. Show all posts

Wednesday, May 13, 2009

Bengkel Konsert KPM 2009 kali kedua

Bengkel tersebut adalah merupakan siri bengkel ke-2 bagi tujuan pemantapan persembahan konsert KPM 2009.

Bengkel tersebut akan dijalankan dari 15 hingga 20 Mei bertempat di KL International Hotel, Kuala Lumpur.


Pelajar yang terlibat ialah :
  1. Fiona Yoong Ai Wern
  2. Nurul Syazliana Khairudin
  3. Nor Nabilah Amior Zafri

Guru yang terlibat :
  1. Pn. Nur Jihan Abd Jalil

Pelajar dan guru akan berkumpul di Pusat Ko-kurikulum pada jam 2.00 petang dan bertolak bersama pemuzik-pemuzik dan penari dari sekolah lain ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak JPN.

Peperiksaan.

Berikutan dengan tarikh bengkel tersebut bertembung dengan jadual peperiksaan Pertengahan Tahun 2009, pihak penganjur telah memastikan bahawa pelajar-pelajar akan mengambil peperiksaan tersebut semasa bengkel tersebut dijalankan nanti.

Guru pengiring telah diamanahkan untuk membawa soalan-soalan peperiksaan tersebut.

Friday, July 25, 2008

Mesyuarat di Sek Seni Kuching, Sarawak

Pada 21-24 Julai lalu aku ke Sekolah Seni Kuching, Sarawak untuk menghadiri satu mesyuarat berkaitan peperiksaan .

Sekolah Seni Kuching adalah merupakan salah satu daripada dua sekolah seni di Malaysia yang diwujudkan oleh kerajaan Malaysia bagi memberi saluran kepada pelajar yang mempunyai bakat dan potensi di dalam bidang kesenian untuk mendalami bidang kesenian yang mereka minati.

Semasa kedatangan kau ke sana, rakan-rakan jurulatih dan ketua bidang muzik sibuk mengendalikan satu projek besar Jabatan Pelajaran Sarawak iaitu Konsert Syukor Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak.

Konsert tersebut menggabungkan guru-guru dan pelajar-pelajar dari seluruh negeri Sarawak. Konsert ini adalah ala-ala Konsert Kementerian Pelajaran Malaysia yang diadakan pada setiap tahun pada peringkat nasional.

Projek yang julung-julung kalinya diadakan ini menurut En. Reduan Taha, Ketua Bidang Seni Muzik dan selaku konduktor konsert adalah merupakan benchmark atau penanda aras yang akan menentukan sama ada konsert ini akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang atau hanya akan diadakan setakat tahun ini sahaja sekiranya persembahan tidak berjaya.

Tapi rasanya berdasarkan pengamatan aku semasa mengikuti sesi latihan yang dijalankan di Dewan Undangan Negeri Sarawak pada hari itu, Konsert tersebut akan mencapai kejayaan seperti yang diharapkan.




Apa-apa pun aku sangat berterima kasih di atas layanan yang cukup sempurna semasa berada di sana terutama kepada En Rojali Yusin jurulataih Seni Muzik.

Sunday, April 20, 2008

Bengkel Gamelan Siri 1 (19-20 April 2008)

Hari ini telah dijalankan bengkel gamelan anjuran bersama Sekolah Seni Johor Bahru dan Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru.

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang sejarah, alat muzik gamelan, teknik permainan serta membuat komposisi lagu gamelan.



Tenaga pengajarnya adalah merupakan pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Muzik dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam yang berkemahiran tinggi serta berpengalaman luas dalam permainan gamelan.









Bengkel ini disertai oleh 20 orang pelajar bidang Seni Muzik Sekolah Seni Johor Bahru manakala Sekolah Tun Fatimah pula diwakili oleh 20 orang pelajar dari Kelab Gamelan sekolah tersebut.

Majlis penutup diakhiri dengan persembahan gamelan secara kumpulan yang turut disaksikan oleh Tn. Hj Ishak Mahbob selaku pengetua Sekolah Seni Johor Bahru.



Di dalam ucapan penutupnya beliau menyatakan program berbentuk linkages atau kerjasama di antara sekolah ini dan sekolah luar khususnya dalam bidang kesenian adalah merupakan salah satu aspek yang dijalankan oleh pihak sekolah bagi merapatkan hubungan serta bertukar-tukar
idea dan ilmu di antara kedua-dua sekolah.


Sunday, February 24, 2008

Bengkel Muzik Vokal oleh Pn Siti Hajar

Bengkel Muzik ini telah dianjurkan oleh Sekolah Seni Johor Bahru dan dipimpin oleh ProVoiz Consultancy & Services di bawah pimpinan Pn Siti Hajar dan Pn Hjh Zinlili Hj Abdul Latif.
Seramai 136 orang pelajar tingkatan 1 dan 2 Sekolah Seni Johor Bahru dan 25 orang pelajar Sekolah Seni Kuching telah mengikuti program selama 3 hari 2 malam ini.






Program ini telah mendedahkan pelajar kepada sebutan vokal yang betul.
Pelbagai aktiviti yang menarik seperti latihan bunyi hissing, bubling, tongue drill dan latihan pernafasan telah diajar bagi membetulkan sebutan yang baik dan berkesan.