Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Tuesday, November 17, 2009

Gamelan perform by 2 Inang students

Gamelan lesson is a part of acitivities in SSJB. Today I will show the gamelan music perfomed by 2 Inang students during their music lesson.

The lesson was conducted by En Abdul Rahim who also one of the music coach in SSJB.

In this video, the students perform a gamelan traditional Malay song called song called "Ikan Kekek"

Tuesday, May 5, 2009

Konsert Jelajah Orkestra Simfoni Remaja Istana Budaya

Sekolah Seni telah dipilih untuk menjadi tuan rumah kepada satu persembahan konsert oleh pemuzik-pemuzik remaja dari Orkestra Simfoni Remaja Istana Budaya.

Konsert akan berlangsung mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 16 Mei 2009 (Sabtu)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Dewan SMK Mohd Khalid

Jangan lepaskan peluang ini untuk menyaksikan kehebatan pemuzik-pemuzik yang mempunyai skil atau kemahiran muzikal yang tinggi di Malaysia.

Antara lagu-lagu dimainkan;
  • STAR WARS-Main Theme,
  • STAR TREK- Through The Years,
  • Mask of Zorro - I Want to spend my life for loving you
  • TITANIC -
  • JURASSIC PARK,
  • PHANTOM OF THE OPERA,
  • WEST SIDE STORY,
  • SOUND OF MUSIC,
  • JAMES HORNER: Hollywood Blockbusters,
  • MUSIC SPECTACULAR-Batman Theme,Dancing with Wolves, Robin Hood
  • dan lain-lain lagi
Penyanyi jemputan ialah Nadia AF6

Kepada mereka yang berminat dijemput hadir ke konsert ini. Masuk adalah percuma.

Thursday, April 9, 2009

Minggu Kesenian Seni Muzik sempena Festival Kesenian SSJB

Minggu ini adalah merupakan Minggu Majlis Pelancaran telah dijalankan di Dewan Mini SSJB dan telah disempurnakan oleh Pengetua SSJB.

Di antara program yang dijalankan sepanjang minggu ini adalah

  1. Recital Muzik (Isnin 6 April 2009)
  2. Pertandingan Suara Emas SSJB - (Selasa 7 April 2009)
  3. Persembahan Festival Kesenian di Plaza Angsana (8 April 2009)
  4. Persembahan Mencipta Lagu (Khamis 9 April 2009)
  5. Battle of The Bands (Jumaat 10 April 2009)

Wednesday, February 11, 2009

Kejayaan Pertandingan Suara Emas Negeri Johor

Hari ini bertempat di IOI Mall Kulai telah dijalankan pertandingan Suara Emas peringkat negeri Johor anjuran Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Pertandingan ini bertujuan untuk memilih penyanyi ke Konsert Diraja KPM yang akan berlangsung di PWTC pada 18 Jun 2009 dan Konsert Menjunjung Duli Sultan Johor pada bulan Mei nanti.

Pelajar-pelajar sekolah dari 10 buah daerah di negeri Johor ini telah menyertai pertandingan ini.

Pertandingan ini dibahagikan kepada 6 kategori iaitu
  1. Kategori Perempuan Sekolah Rendah
  2. Kategori Lelaki Sekolah Rendah
  3. Kategori Bukan Melayu Sekolah Rendah
  4. Kategori Bukan Melayu Sekolah Menengah
  5. Kategori Perempuan Sekolah Menengah
  6. Kategori Lelaki Sekolah Menengah
Sekolah Seni Johor Bahru telah menghantar dua orang wakil iaitu (kategori Bukan Melayu Sekolah Menengah) Fiona Yoong Ai Wern
From Kasih Teja di Muara Muar - SSJB Musicians

dan Muhammad Ammal Syafiq bin Osman (Kategori Lelaki Sekolah Menengah.
From Suara Emas 11 Feb

Kedua-dua mereka telah muncul juara bagi kedua-dua kategori berkenaan.

Tahniah daripada semua warga SSJB kepada anda yang telah mengharumkan nama sekolah ini.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menhgasilkan kejayaan ini.

Walaubagaimanapun apa yang dikesalkan ialah Video klip persembahan mereka tidak dapat dirakamkan untuk dijadikan evidens pencapaian Band pelajar kerana juruaudio visual SSJB tidak pergi membuat rakaman tersebut.

Mungkin mereka lebih suka untuk berada di sekolah untuk membasuh kolam ikan daripada membuat rakaman video. Agaknya itulah bidang tugas Juruaudio Visual di SSJB. Tahniah.

Tahniah sekali lagi kepada kedua-dua wakil Suara Emas SSJB ini.

Tuesday, February 3, 2009

Latihan Orkestra

Latihan orkestra ini dijalankan pada aktiviti kesenian petang melibatkan semua pelajar bidang muzik mengikut instrumen pilihan masing-masing.

Terdapat 4 seksyen yang melibatkan seksyen Brass dan Perkusi ( di Studio Muzik 1), Woodwind (Studio Keyboard) dan Strings - (kelas 2 Masri).

Wood wind dikendalikan oleh - Cik Mah Nyuk Ying
Brass - Spark
Strings - Diana Adha


Pelajar-pelajar didedahkan mengenai teknik-teknik permainan, posture, embochure dan penjagaan alat serta disiplin.

Bagi memudahkan pembelajaran tersebut, semua pelajar-pelajar menggunakan buku Method Book Essential Elements 2000 Book 1 oleh hal Leonard Publishing.

Buku ini turut disertakan bersama DVD tentang teknik permainan dan juga latihan-latihan di dalam buku tersebut dalam bentuk audio ( iringan jmuzik).

Thursday, January 22, 2009

Persembahan Seni Muzik Bersamamu Gaza

Hari ini pelajar dari bidang kesenian membuat persembahan mereka untuk program Hari Bersamamu Gaza.

Pelajar dari bidang muzik membuat persembahan nyanyian lagu ciptaan oleh Munirah Musa, Khalilah, dan Aidilla yang dipersembahkan secara live oleh band

Sungguh menarik sekali persembahan yang ditunjukkan oleh kumpulan ini. Sehingga memukau para hadirin dan mendapat tepukan yang gemuruh.

Lagu ini telah dihasilkan liriknya oleh Aidilla dan Munirah manakala, muziknya digubah oleh Khalilah yang berentak R&B .

Walaupun muzik lagu ini agak rancak tetapi penyanyi bagi lagu ini iaitu Aidillah dan Nurul Syazliana dapat menyampaikannya dengan ekspresi sedih yang berkait rapat dengan lirik lagu tersebut.

Tahniah kepada anda semua. Teruskan berkarya.

Selanjutnya persembahan khas daripada Ayahnda Rahman dengan iringan keyboard oleh aku turut menggemparkan para peminat-peminatnya di SSJB ini.

Persembahan nyanyian yang sungguh bertenaga dan penuh ekspresi berjaya ditunjukkan oleh penyanyi berbakat ini. Beliau berjaya menjiwai lagu ini sepenuhnya dengan bantuan multimedia paparan suasana kesengsaraan anak-anak Palestin di layar di hadapan semua pelajar dan guru-guru sangat berkesan dihati mereka.


Good Job.

Di samping itu marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada roh mangsa-magsa kekejaman Yahudi di Gaza.

Wednesday, January 21, 2009

Malam Gala Kesenian - Seni Visual

Salah satu daripada aktiviti menghasilkan catan bertemakan P.Ramlee oleh pelajar-pelajar Seni Visual. Pelajar seperti Mohd. Nabil, Fatin Nurain, Syed Mohd Hizrin, Amzar, Syazwan, dan lain-lain lagi nama yang tak disebutkan di sini sedang asyik menghasilkan karya mereka.

Teknik yang digunakan dalam penghasilan karya ini adalah seperti installation art, relief art, kolaj, dan paper art. Kesemua ini telah diaplikasikan oleh pelajar-pelajar tersebut dengan bimbingan jurulatih Seni Visual iaitu Mohd Zain.


Ternyata hasil karya pelajar-pelajar ini sangat bermutu tinggi dan berbeza dengan karya pelajar-pelajar yang seumur dengan mereka di sekolah-sekolah lain.

Hasil karya ini telah dipamerkan semasa Majlis Malam Gala Kesenian bertempat di Aras Satu Auditorium RTM Johor Bahru pada 2 November 2008 yang lalu.

Syabas dan tahniah dicuapkan kepada semua yang telibat.

Bersamamu Gaza

Setiap pagi semasa sesi perhimpunan kecil minggu ini telah diadakan satu program bertemakan keganasan Yahudi di Palestin.

Slot yang dinamakan "Bersamamu Gaza" melibatkan wakil pelajar-pelajar dari semua bidang Kesenian.

Pada hari ini wakil dari Seni Teater dan Seni Tari telah bergabung tenaga dalam persembahan yang menarik iaitu Deklamasi Sajak Panjang Untuk Palestin.



Berhentilah membaca jika tidak ada perasaan

kasih dan sayang terhadap Al-Aqsa..
Sedang kita berseronok di sini..
Mereka menangis meratap kehilangan
Ayah.. Ibu.. Saudara.. Pemimpin..
Sesungguhnya Ayah mereka adalah ayah kita..
Ibu mereka adalah Ibu kita..
Dan mereka adalah saudara-saudara kita..
Sakit mereka sakit kita jua..

Sedarlah bahawa kita adalah Palestin
Dan Palestin adalah kita..
Sayang sekali ummat Islam di bumi Melayu
ini terlalu sibuk mengejar hiburan duniawi
dan kepentingan diri..
Di manakah integriti kita sewaktu
maruah Islam dihinjak..
diludah dan dicemuh Yahudi dan
konco-konconya di bumi Palestin..

Apakah sumbangan kita terhadap
perjuangan mereka yang berusaha
menegakkan Agama ALLAH ini..
Sehinggakan ada di antara mereka
yang bersolat juga terlalu kedekut untuk
menghantar semudah-mudah
doa buat perjuangan mereka..
Bukankah kita terlalu mementingkan diri kita sendiri?

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Kasihanilah mereka yang berada di bumi
nescaya kamu akan dikasihi oleh
mereka yang tinggal di langit."

Rasulullah S.A.W bersabda lagi yang bermaksud :
"Gambaran kehidupan orang yang
beriman dari segi kasih sayang,
saling bersimpati dan saling cinta mencintai
samalah seperti anggota tubuh yang jika
salah satu daripadanya mengadu kesakitan,
ia melibatkan seluruh anggota lain yang
tidak tidur malam dan demam."

Marilah kita tanamkan rasa cinta
di antara sesama muslim..
Hanya dengan itu sahajalah dapat
kita membangkitkan rasa sensitif
terhadap kezaliman dan pencemaran
Yahudi Laknatullah ke atas bumi suci Al-Aqsa


Sunday, January 18, 2009

Selamat Datang Pelajar Baru

Majlis Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1/2009 telahpun seperti yang dirancangkan. Majlis ini turut sama dihadiri oleh Pn Mahani Kassim (KPP BSSK) yang melihat sendiri bagaimana perjalanan proses pendaftaran dan memberikan taklimat berkaitan Sekolah Seni ini kepada para ibubapa dan penjaga.

Ibubapa serta pelajar baru telah mula hadir untuk mendaftarkan anak mereka sejak daripada pukul 10.00 pagi lagi.

Setelah pendaftaran anak mereka selesai, hadirin berpeluang untuk menyaksikan bakat-bakat seni pelajar-pelajar senior. Semua penglibatan pelajar akan dijadikan eviden atau salah satu daripada bahan bukti untuk pentaksiran Band Pendidikan Kesenian.





Saturday, January 17, 2009

Minggu Orientasi Salam Perkenalan

Minggu Orientasi atau Program Salam Perkenalan telah dijalankan pada sepanjang minggu ini.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar baru untuk mengenali budaya dan suasana di sekolah ini.


Selain itu sesi taklimat oleh pihak pentadbir, guru akademik, kaunselor dan jurulatih kesenian turut dijalankan kepada pelajar tersebut .

Program ini dijalankan pada sesi pagi sebelum waktu rehat. Selepas itu kelas dijalankan seperti biasa.

Thursday, January 8, 2009

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2009

Pendaftaran akan dijalankan pada 11 Januari 2009 (Ahad) bertempat di Studio Kesenian masing-masing iaitu di aras bawah Bangunan Sekolah Seni Johor Bahru. Kepada ibubapa atau penjaga sila gunakan pintu Asrama Pusat untuk terus ke Sekolah Seni Johor Bahru iaitu di bahagian belakang pintu utama SMK Mohd Khalid dan sila letakkan kereta anda di tempat letak kereta yang disediakan Pendaftaran pelajar adalah bermula dari jam 10.00 hingga 12.30 tengahari

Monday, November 3, 2008

Malam Gala Kesenian yang cemerlang

Sungguh jelas terbayang di wajah setiap warga SSJB akan kepuasan dan kegembiraan setelah berjaya melaksanakan satu majlis untuk meraikan kejayaan pelajar dalam bidang kesenian yang dipelajari oleh mereka. klik sini



Setiap pelajar daripada jumlah 166 orang kesemuanya terlibat dalam produksi tersebut.
Sama ada dalam bidang teater, visual, tari dan muzik.

Tidak lupa juga mereka yang bertugas di belakang tabir turut menyumbangkan tenaga mereka degan penuh komited seterusnya membuahkan satu kejayaan produksi yang gilang gemilang dan diiktiraf sendiri oleh Dato Hjh Noor Rezan binti Bapoo Hashim (Timb KPPM.



Tapi sayang rakaman daripada Video sekolah kurang dari segi mutunya. Adalah diharapkan kepada mereka yang telah membuat rakaman video dapat menghantarkannya kepada pihak sekolah untuk dibuat satu DVD yang telah diedit. Sila hubungi pihak sekolah 07-2262100 jika anda ingin membantu dan memberikan sumbangan tersebut.

Sebagai jurulatih muzik, aku amat berbangga dengan persembahan pelajar yang memainkan peranan yang besar sepanjang perjalanan produksi dalam bentuk , nyanyian, muzik latar, gabungan muzik gamelan yang memukau penonton, iringan muzik untuk kumpulan koir semuanya dimainkan secara 'live'.



Sekalung tahniah kepada semua musician. Semoga anda akan menjadi pemuzik yang profesional pada masa akan datang. Teruskan latihan...

Kepada penyanyi yang di anugerahkan suara yang sungguh lunak merdu, aku ucapkan syabas dan tahniah, terimakasih, arigato, thanks, nandre,shea shea. .

Walaubagaimana pun teruskan usaha untuk memantapkan lagi kualiti vokal tone masing-masing ok.

Wednesday, October 29, 2008

Rehearsal Malam Gala Kesenian di RTM

Hari ini para semua pelajar ke auditorium RTM untuk menyertai raptai persembahan MGK.
Memandangkan auditorium RTM tersebut telah ditempah pada hari Sabtu dan cuma hari ini shaja yang free maka kami telah menjalankan raptai ini.

Tujuannya adalah untuk membuat penentuan kedudukan setiap acara persembahan, laluan pelajar semasa persembahan, sistem audio, lighting, pengacara, susunan props dan sebagainya.

Pn Siti Hajar turut membantu memberikan pandangannya terhadap persembahan pelajar SSJB.

Tuesday, October 28, 2008

Latihan MGK dan Tips oleh Dr Siti Hajar

Hari ini pelajar-pelajar meneruskan latihan persembahan untuk MGK.

Turut hadir dalam latihan ini adalah Dr Siti Hajar yang memberikan tips-tips yang sangat-sangat berguna kepada pelajar yang akan membuat persembahan nanti.

Di antara tips yang dikongsi oleh beliau adalah cara mengatasi perasaan gemuruh, bagaimana untuk mempbuat persembahan dengan konfiden, bagaimana untuk membuat lontaran suara, teknik vokal, teknik conducting , latihan koir dan showmanship.

Dr Siti Hajar ini adalah seorang pejuang seni yang sangat dikagumi dan berpengalaman luas dalam bidang muzik di negara kita dan beliau suka untuk menyampaikan ilmu yang ada padanya kepada sesiapa sahaja.

Selain itu, beliau turut memberikan kata-kata nasihat, perangsang dan motivasi yang sangat berguna kepada semua pelajar.

Terima kasih dari kami khas buat Dr Siti Hajar.

Saturday, October 18, 2008

Persembahan Gamelan Sempena Festival Tari Malaysia Peringkat Negeri Johor

Selesai sahaja Majlis Sambutan Hari Raya SSJB, Kumpulan Gamelan SSJB telah bersiap untuk membuat persembahan di Auditorium RTM, Johor Bahru bersempena dengan Festival Tari Malaysia Peringkat Negeri Johor.

Di samping itu, 40 pelajar SSJB turut dijemput untuk menyaksikan pertandingan tersebut. Itulah untungnya bila sekolah dekat dengan RTM. Senang nak pergi bila ada aktiviti kesenian dijalankan di sana.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Hari ini warga SSJB telah mengadakan satu majlis rumah terbuka Aidilfitri.

Majlis ini telah turut dihadiri oleh En. Jalaludin bin Othman (Timbalan Pengarah Dasar dan Pembangunan Sukan BSSK), En. Md Hasidin bin Zaini (Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN Johor, En Saliman Selamat (Wakil PPD JB), Pn Rawiyah Mustafa Kamal (Ketua Unit Seni BSSK), Cik Hajah Roahana Ismail (Pengetua SSJB) dan pengerusi PIBG.

Majlis ini dijalankan di Dewan makan Asrama, bermula dari jam 12.30 tengah hari. Apa yang menariknya, bagi ibu bapa pelajar yang tinggal di Kuala Lumpur dan sekitarnya telah datang dengan menyewa bas atas usaha En Jazlan selaku NYDP PIBG.

Majlis turut diserikan dengan persembahan muzik dan tarian di samping DJ corner yang dikendalikan oleh ayahnda Khairul Anuar.

Makanan yang disediakan secara buffet terdiri daripada pelbagai jenis menu seperti lontong, soto, sate, laksa johor dan nasi beriyani.



Selain itu, ibubapa tidak melepaskan peluang mereka untuk turut mengadakan pertemuan dengan guru-guru untuk berbincang dan mengetahui perkembangan anak-anak mereka yang berlajar di SSJB ini.

Majlis turut dimeriahkan lagi dengan acara karaoke oleh Pn Siti Hajar dan ibubapa, guru dan pelajar.

Friday, September 26, 2008

Sesi Uji bakat Zon Tengah 1

Bagi Zon Tengah 1 adalah melibatkan calon-calon dari negeri Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan KL dan Putrajaya.

Tuesday, August 26, 2008

Lawatan Pelajar Jepun

Hari ini seramai 22 orang pelajar sekolah dari Narita, Jepun telah membuat lawatan ke SSJB.
Mujur salah seorang daripada jurulatih kita, iaitu En Abdul Jabar adalah merupakan seorang guru bahasa Jepun di Sek Sains Raub, Pahang sebelum menjadi jurulatih Seni Tari.

Maka beliaulah yang telah banyak membantu sekolah dalam mengatur program lawatan tersebut.
Selain berperanan sebagai juruacara berbahasa Jepun, beliau juga menterjemahkan perkataan-perkataan yang kami tidak faham.



Pada lawatan tersebut pelajar-pelajar telah menunjukkan persembahan kebudayaan yang dimulakan oleh sambutan paluan kompang dan gerakan silat semasa ketibaan rombongan dari Jepun itu.

Di Dewan Mini pula, pelajar-pelajar SSJB telah membuat persembahan seperti tarian zapin, tarian kontemporari, gamelan, lagu Jepun (Mi-raei) dan persembahan kumpulan ghazal.

Sebelum itu Cik Hjh Rohana telah memulakan majlis dengan ucapan bagi menyambut kedatangan rombongan dari Jepun ini.

Pelajar Jepun pula turut menunjukkan bakat mereka dalam kesenian dengan menunjukkan demonstrasi Karate, Koir, dan origami.

Selepas majlis sambutan selesai, pelajar telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan aku ditugaskan untuk memberi tunjuk ajar tentang permainan gamelan dibantu oleh pelajar dari kelas 2 Zapin.

Sungguh mengkagumkan aku, yang mereka memang fast learner, dah boleh main lagu Timang burung dalam masa 10 minit aje aku ajar.

Memang music is universal, yang penting ada skor dan faham apa yang aku nak sampaikan walaupun budak jepun tu sepatah haram pun tak paham bahasa inggeris.

Kadang-kadang guna bahasa isyarat aje. Yang penting teknik mengajar kot.

Pada penghujung lawatan, pelajar ssjb dan pelawat makan bersama dan pihak pelawat dai Jepun telah menanam pokok sebagai kenangan lawatan mereka ke sekolah ini.

Majlis penutup diakhiri dengan pertukaran cenderamata dan tarian pelajar jepun (bon ondori) manakala pelajar ssjb telah menyampaikan finale iaitu sebuah lagu jepun nyanyian Diana Adha iaitu "Sakuyaki" berentak bosanova dan rasa sayang beramai-ramai.

Sekian dan pada bulan November pula, pelajar dari Sekolah Seni Jepun pula akan melawat ke sekolah ini. Tunggulah ye

Saturday, August 9, 2008

Persembahan Pelajar di luar sekolah

Mesyuarat Pengurusan Sekolah Seni yang dihadiri oleh Pengetua SSJB pada hari Rabu lepas telah membuat ketetapan bahawa pelajar-pelajar sekolah seni tidak lagi dibenarkan untuk membuat persembahan kesenian di luar sekolah anjuran pihak-pihak swasta dan individu.

Walaubagaimanapun untuk majlis-majlis yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, pelajar-pelajar dibenarkan untuk membuat persembahan. (secara percuma lah tu)

Mesyuarat juga telah memutuskan pihak MSN telah menempah kumpulan persembahan daripada SSJB dalam acara-acara yang akan dijalankan oleh pihak mereka seperti Majlis anugerah dan sebagainya.

Boleh pulak? Ikut ajelah....
Saya yang menurut perintah.

Saturday, August 2, 2008

Anugerah Kecemerlangan Sukan KPM 2007

Pada 31 Julai 2008 bertempat di Dewan Seri Endon Puspanitasari, Putrajaya, seramai 55 orang pelajar dari SSJB telah diberi kepercayaan penuh untuk membuat persembahan sempena majlis anugerah tersebut.



Anugerah tersebut dijalankan bagi mengiktiraf sumbangan dan kecemerlangan para atlet di kalangan warga Kementerian Pelajaran Malaysia bagi tahun 2007. Anugerah ini adalah merupakan anugerah tahunan ke-50 anjuran bersama Milo.

Anugerah disampaikan oleh Tn. Hj Zulkifly bin Mohd Wazir, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian yang mewakili Dato Dr Ir Wee Kah Siong Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Persembahan pelajar SSJB telah mendapat pujian yang tinggi daripada mereka yang hadir terutamanya para pegawai BSSK.

Kumpulan Akartari telah mempersembahkan sebuah taridra yang mengisahkan tentang perjuangan para atlet dalam mengharungi pelbagai dugaan dan kepayahan untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan yang diceburi.

Persembahan ini telah diiringi oleh kumpulan pemuzik kontemporari SSJB dalam bentuk persembahan gamelan moden.

Persembahan nyanyian yang turut dipersembahkan adalah:
1. Tari Tualang Tiga - Fazira dan Nazira
2. Terlalu Cinta - Diana Adha
3. Penawar Rindu - Aaina Soraya
4. Nuri - Tatiana
5. Seri Mersing - Syazliana
6. Kenangan Terindah - Hazwan
7. Si cantik manis - Liyana Syafini dan Aaina Soraya.


Tahniah di atas kejayaan ini. Teruskan menuju ke puncak kejayaan.