Showing posts with label P n P. Show all posts
Showing posts with label P n P. Show all posts

Tuesday, November 17, 2009

Gamelan perform by 2 Inang students

Gamelan lesson is a part of acitivities in SSJB. Today I will show the gamelan music perfomed by 2 Inang students during their music lesson.

The lesson was conducted by En Abdul Rahim who also one of the music coach in SSJB.

In this video, the students perform a gamelan traditional Malay song called song called "Ikan Kekek"

Tuesday, September 9, 2008

KLASIFIKASI ALAT MUZIK

Beberapa jenis klasifikasi telah digunakan bagi mengkelaskan alat-alat muzik berdasarkan ciri-ciri tertentu. Dalam tamadun China purba, semua alat muzik dapat diklasifikasikan mengikut bahan utama yang digunakan dalam pembuatan alat muzik tersebut. Antara bahan tersebut ialah logam, batu, tanah, belulang, sutera, labu, buluh dan kayu.Tamadun India purba pula mengumpulkan alat muzik mengikut klasifikasi gong / simbal, gendang, alat bertali dan alat yang ditiup. .

Digunakan khusus bagi alat muzik orkestra barat. Terdapat 4 klasifikasi alat iaitu percussions, strings, brass dan woodwind.

Percussions / perkusi

Alat muzik yang dimainkan secara pukulan, paluan, ketukan atau goncangan.

Antara alat muzik ini termasuklah timpani, pelbagai jenis dram, simbal, kerincing, tamborin dan lain-lain. Alat muzik berpic pula termasuklah zailofon, metalofon, glokenspil dan bellyre.

Strings / alat muzik bertali

Digunakan untuk mengklasifikasikan semua jenis alat muzik bertali iaitu violin, viola, violoncello, double bass, harps dan lain-lain.

Brass

Klasifikasi alat tiupan yang dibuat daripada logam.

Contoh brass ialah trumpet, trombon, french horn, tuba dan sausafon.

Woodwind

Alat muzik tiupan yang pada masa dahulunya dibuat dari bahan kayu. Kebanyakan alat ini menggunakan reed bagi menghasilkan bunyi. Reed dibuat daripada buluh yang diraut nipis. Antara alat muzik woodwind ialah klarinet, saksofon, flut, pikolo, oboe dan basun. Hari ini adalah juga alat muzik woodwind yang dibuat daripada logam, plastik dan bahan gentian kaca.



Klasifikasi Sachs - Hornbostel

Klasifikasi ini diperkenalkan oleh Curts Sachs dan Eric Von Hornbostel pada 1914. Ia bertujuan mengklasifikasi pelbagai alat muzik etnik dari seluruh dunia yang tidak termasuk dalam klafikasi alat muzik orkestra barat.

Sachs-Hornbostel mengklasifikasikan alat muzik berdasarkan kasifikasi yang terdapat dalam kitab catatan India puba Natyasastra iaitu Idiofon, Kordafon, Membranofon dan Erofon.

Idiofon

Alat muzik yang dibuat daripada bahan logam, kayu, buluh dan tempurung termasuk dalam klasifikasi idiofon. Biasanya ia dimainkan dengan cara pukulan, hentakan, goncangan dan ketukan. Antara alat muzik yang termasuk dalam klasifikasi ini ialah gong, saron (gamelan) bonang (caklemlong) kenong (gamelan) angklung, gambang, kertuk dan lain-lain..

Erofon

Alat muzik yang ditiup termasuk dalam klasifikasi erofon. Contoh alat ialah serunai dan bangsi (caklempong), sakuhachi (Jepun), nafiri (Nobat) dan lain-lain.

Kordofon

Alat muzik bertali, contohnya gambus, uds, koto, shamishen, sitar dan sharinggi.

Membranofon

Mengambil nama dari perkataan membran (kulit) pula ialah klasifikasi untuk alat muzik yang diperbuat daripada kulit yang diregang. Antaranya ialah gendang, kompang, geduk, daiko, tabla dan gedombak.

Elektrofon

Alat muzik yang menggunakan elektrik. Pembesaran suara – penggunaan sirkit-sirkit elektronik bagi tujuan mengubah bunyinya.

Sebagai contoh : Gitar elektrik, kibod, digital piano.

Friday, May 30, 2008

Peralatan Wayang Kulit tiba



Peralatan Wayang kulit Kelantan telah pun sampai ke sekolah semalam.

Wayang Kulit adalah satu bentuk teater tradisional yang menggunakan prinsip
cahaya dan bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri
dari pelbagai watak methologi dan khayalan dilarikan oleh seorang Dalang.
Persembahan wayang kulit selalunya diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan
atau gamelan dan juga alat tiupan (serunai) atau alat bertali (rebab).








Serunai Kelantan


Peralatan tersebut termasuklah satu Set panggung Wayang Kulit, pakaian, patung watak wayang kulit dan juga peralatan muzik yang dibawa dari Kelantan telah diletakkan di Studio Teater.

Wayang kulit adalah merupakan salah satu elemen yang terkandung di dalam sukatan pendidikan kesenian di sekolah seni yang mempunyai kesemua aspek seni iaitu muzik, teater, tarian dan seni visual.

Diharapkan dengan adanya peralatan ini, maka akan lebih mudahlah proses apresiasi terhadap muzik tradisi ini didedahkan kepada pelajar Sekolah Seni Johor Bahru.

Persembahan Wayang Kulit - Buah Nangka Part 1

Thursday, March 6, 2008

Ujian Kibod 2 Inang

Hari ini Ujian Kibod Skel D major bagi kelas 2 Inang dijalankan.

Mohd Atiq sedang diuji sambil diperhatikan oleh Aniq.

Tuesday, March 4, 2008

Ujian Kibod 2 Zapin

Hari ini Ujian kibod skel D major menaik dan menurun 2 oktaf dijalankan setelah selesai PnP. Pelajar dikehendaki untuk memainkan skel tersebut mengikut tempo yang telah ditetapkan.

Aspek teknikal yang dinilai adalah:

1. Not yang betul.
2. Penjarian















Setiap permainan kibod oleh pelajar telah dirakam dengan menggunakan perisian Cakewalk sonar 7.0 sebagai evidens atau catatan bukti.

Thursday, November 29, 2007

Peralatan Muzik di sekolah Seni Johor Bahru

Di sini adalah beberapa gambaran peralatan muzik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Seni Muzik di sekolah Seni Johor Bahru.


Bagi pelajar2 baru tahun depan tentunya tak sabar nak belajar dengan jurulatih baru nanti.














Akan datang Alat muzik Orkestra.

Studio Keyboard hampir siap


Tadi bila pergi ke sekolah aku meninjau ke bilik studio untuk Keyboard. Keadaan nya adalah begini.

Gamelan dan ghazal dah sampai















Pembekal sedang memasang dan menguji alat muzik gamelan yang ditempah khas dari Indonesia.

Nampaknya alat muzik gamelan dan ghazal telah sampai. Peralatan tersebut telah diletakkan di studio Tradisional Sekolah Seni Johor Bahru. Semoga tahun hadapan pelajar2 akan lebih bersemangat lagi untuk mempelajari teknik-teknik permainan alat muzik tradisional ini.

Penuh satu studio dengan alat muzik gamelan tersebut.

Thursday, November 22, 2007

Demo Korg Extreme dari aku

Ini macm mana aku goreng menggunakan Korg Trinity di rumah.
Terima kasih JPJS kerana membekalkan keyboard yang canggih.

Kuda Kepang

Saksikan kehebatan Tarian Kuda kepang bersama gabungan muzik gamelan

Wayang Kulit

Untuk mereka yang tak pernah tengok wayang kulit Kelantan....