Showing posts with label Lawatan. Show all posts
Showing posts with label Lawatan. Show all posts

Sunday, November 16, 2008

Lawatan Sambil Belajar ke Kelantan dan Terengganu

Aktiviti lawatan sambil belajar ke Pantai Timur ini melibatkan semua pelajar SSJB dan guru. Jumlah yang pergi ke sana adalah seramai 150 orang.

Pihak sekolah telah menggunakan perkhidmatan 4 buah bas persiaran.
Kami bertolak dari SSJB pada pukul 5.00 petang lewat 2 jam kerana terdapat masalah yang perlu diselesaikan oleh En. Jabar di Balai Polis.

Kami tiba di Mersing untuk makan malam dan solat jamak kira2 jam 9.00 malam.
Waktu makan telah mengambil masa kira-kira satu setengah jam kerana tokeh warong terpaksa membuat tempahan seramai 150 orang .

Kami seterusnya bertolak dan pemandu bas berhenti di Bukit Besi kira2 setengah jam untuk mereka berehat pada pukul 4.00 pagi.

Seterusnya kami bersolat subuh di Masjid Sg. tong pada pukul 6.00 pagi dan sampai di tempat penginapan pada pukul 8.30 pagi.

Antara tempat yang dilawati adalah:
  • Bengkel Wayang Kulit, Dikir Barat di Kg Pulau Tebu, Tunjong
  • Muzium Kesenian Kraf
  • Pengkalan Kubor
  • Bengkel Membuat Wau
  • Pantai Cahaya Bulan
  • Kompleks Tamadun Islam Kuala Terengganu
  • Pasar Payang Kuala Terengganu
  • Nor Arfa Batik
  • Perusahaan Keropok Lekor
Kami bertolak pulang pada jam 5.00 petang
sampai ke sekolah pada pukul 2.30 pagi

Tuesday, October 28, 2008

Latihan MGK dan Tips oleh Dr Siti Hajar

Hari ini pelajar-pelajar meneruskan latihan persembahan untuk MGK.

Turut hadir dalam latihan ini adalah Dr Siti Hajar yang memberikan tips-tips yang sangat-sangat berguna kepada pelajar yang akan membuat persembahan nanti.

Di antara tips yang dikongsi oleh beliau adalah cara mengatasi perasaan gemuruh, bagaimana untuk mempbuat persembahan dengan konfiden, bagaimana untuk membuat lontaran suara, teknik vokal, teknik conducting , latihan koir dan showmanship.

Dr Siti Hajar ini adalah seorang pejuang seni yang sangat dikagumi dan berpengalaman luas dalam bidang muzik di negara kita dan beliau suka untuk menyampaikan ilmu yang ada padanya kepada sesiapa sahaja.

Selain itu, beliau turut memberikan kata-kata nasihat, perangsang dan motivasi yang sangat berguna kepada semua pelajar.

Terima kasih dari kami khas buat Dr Siti Hajar.

Tuesday, August 26, 2008

Lawatan Pelajar Jepun

Hari ini seramai 22 orang pelajar sekolah dari Narita, Jepun telah membuat lawatan ke SSJB.
Mujur salah seorang daripada jurulatih kita, iaitu En Abdul Jabar adalah merupakan seorang guru bahasa Jepun di Sek Sains Raub, Pahang sebelum menjadi jurulatih Seni Tari.

Maka beliaulah yang telah banyak membantu sekolah dalam mengatur program lawatan tersebut.
Selain berperanan sebagai juruacara berbahasa Jepun, beliau juga menterjemahkan perkataan-perkataan yang kami tidak faham.



Pada lawatan tersebut pelajar-pelajar telah menunjukkan persembahan kebudayaan yang dimulakan oleh sambutan paluan kompang dan gerakan silat semasa ketibaan rombongan dari Jepun itu.

Di Dewan Mini pula, pelajar-pelajar SSJB telah membuat persembahan seperti tarian zapin, tarian kontemporari, gamelan, lagu Jepun (Mi-raei) dan persembahan kumpulan ghazal.

Sebelum itu Cik Hjh Rohana telah memulakan majlis dengan ucapan bagi menyambut kedatangan rombongan dari Jepun ini.

Pelajar Jepun pula turut menunjukkan bakat mereka dalam kesenian dengan menunjukkan demonstrasi Karate, Koir, dan origami.

Selepas majlis sambutan selesai, pelajar telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan aku ditugaskan untuk memberi tunjuk ajar tentang permainan gamelan dibantu oleh pelajar dari kelas 2 Zapin.

Sungguh mengkagumkan aku, yang mereka memang fast learner, dah boleh main lagu Timang burung dalam masa 10 minit aje aku ajar.

Memang music is universal, yang penting ada skor dan faham apa yang aku nak sampaikan walaupun budak jepun tu sepatah haram pun tak paham bahasa inggeris.

Kadang-kadang guna bahasa isyarat aje. Yang penting teknik mengajar kot.

Pada penghujung lawatan, pelajar ssjb dan pelawat makan bersama dan pihak pelawat dai Jepun telah menanam pokok sebagai kenangan lawatan mereka ke sekolah ini.

Majlis penutup diakhiri dengan pertukaran cenderamata dan tarian pelajar jepun (bon ondori) manakala pelajar ssjb telah menyampaikan finale iaitu sebuah lagu jepun nyanyian Diana Adha iaitu "Sakuyaki" berentak bosanova dan rasa sayang beramai-ramai.

Sekian dan pada bulan November pula, pelajar dari Sekolah Seni Jepun pula akan melawat ke sekolah ini. Tunggulah ye