Pada 31 Julai 2008 bertempat di Dewan Seri Endon Puspanitasari, Putrajaya, seramai 55 orang pelajar dari SSJB telah diberi kepercayaan penuh untuk membuat persembahan sempena majlis anugerah tersebut.
Anugerah tersebut dijalankan bagi mengiktiraf sumbangan dan kecemerlangan para atlet di kalangan warga Kementerian Pelajaran Malaysia bagi tahun 2007. Anugerah ini adalah merupakan anugerah tahunan ke-50 anjuran bersama Milo.
Anugerah disampaikan oleh Tn. Hj Zulkifly bin Mohd Wazir, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian yang mewakili Dato Dr Ir Wee Kah Siong Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.
Persembahan pelajar SSJB telah mendapat pujian yang tinggi daripada mereka yang hadir terutamanya para pegawai BSSK.
Kumpulan Akartari telah mempersembahkan sebuah taridra yang mengisahkan tentang perjuangan para atlet dalam mengharungi pelbagai dugaan dan kepayahan untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan yang diceburi.
Persembahan ini telah diiringi oleh kumpulan pemuzik kontemporari SSJB dalam bentuk persembahan gamelan moden.
Persembahan nyanyian yang turut dipersembahkan adalah:
1. Tari Tualang Tiga - Fazira dan Nazira
2. Terlalu Cinta - Diana Adha
3. Penawar Rindu - Aaina Soraya
4. Nuri - Tatiana
5. Seri Mersing - Syazliana
6. Kenangan Terindah - Hazwan
7. Si cantik manis - Liyana Syafini dan Aaina Soraya.
Tahniah di atas kejayaan ini. Teruskan menuju ke puncak kejayaan.
No comments:
Post a Comment