Friday, September 19, 2008

Uji Bakat Pengambilan Pelajar Sekolah Seni Malaysia 2009

Sesi ujibakat pengambilan pelajar ke tingkatan satu tahun 2009 melibatkan kira2 1400 orang pelajar dari seluruh Malaysia akan dijalankan dari 22 hingga 26 September.

Ujibakat adalah mengikut zon-zon negeri yang telah ditetapkan iaitu Zon Selatan, Tengah, Utara, Timur, Sabah dan Sarawak.

Bagi pelajar yang terlibat diharap datang bersama salinan2 sijil aktiviti dan peralatan yang berkaitan dengan bidang yang hendak ditemuduga.

Sebagai contoh, bagi bidang muzik sila bawa CD minus one dan instrumen yang hendak dimainkan seperti gitar, flute.
Kibod disediakan.

Satu taklimat kepada ibubapa mengenai sekolah seni akan diberikan sebelum sesi temuduga dijalankan.

8 comments:

  1. ala... dh nk audition ke? anak saya dari awal taun sibuk nak masuk sekolah seni & selalu wakil sekolah dia dalam pertandingan melukis. result dia pun bagus. tp tak tau kenapa cikgu dia cakap takde borang ke sekolah seni.

    macamana ek? kalau nak buat rayuan, dia tak de isi borang pulak...

    ReplyDelete
  2. Saya pelajar dari sekolah seni form 2..
    Cuba Puan tanya PPD kalau betul2 nak..
    Mungkin audition akan diadakan lagi...
    Terima kasih

    ReplyDelete
  3. mcm mane nak masOk sekOlah muzik nie?
    kalO da ting.4?

    ReplyDelete
  4. hhmm...
    saya tak pasti sebab pelajar paling senior pun baru f2..
    erm..
    hmm..

    ReplyDelete
  5. nape x de form 4 utk next year...hrp pihak pentadbir pertimbangkan hal ini..rmai lg remaja bbkat seni..besepah kt lua sane yg blumba lumba..nk msuk ssjb!! HARAP2 DIPERTIMBANGKAN!!

    ReplyDelete
  6. Pengambilan pelajar Sekolah Seni adalah mengikut proses dan syarat-syarat. Sekolah Seni ini hanyalah baru diperkenalkan atau pengambilan pelajar sesi pertamanya pada tahun 2007. Kepada yang berminat, borang kemasukan untuk kesekolah ini boleh didapati dari sekolah masing-masing atau di Pejabat Pendidikan Daerah. Borang di keluarkan sebelum pelajar-pelajar menduduki UPSR.

    ReplyDelete
  7. Setahu saya, sesi uji-bakat utk pengambilan pelajar ke Sekolah Seni bagi tahun 2009 telah pun tamat. Yang betul-betul berminat mungkin boleh buat rayuan, Itu pun sekiranya terdapat kekosongan atau pelajar-pelajar yg menolak tawaran.

    ReplyDelete
  8. Anak saya dah lalui sessi temuduga cuma saya nak tau keputusannyer samada anak saya berjaya atau tidak masuk ke SSJB.Bilakah agaknyer keputusan itu akan diperolehi dan bagaimana,jika tidak berjaya adakah peluang untuk membuat rayuan sbb anak saya amat berminat

    ReplyDelete