Sunday, November 16, 2008

Lawatan Sambil Belajar ke Kelantan dan Terengganu

Aktiviti lawatan sambil belajar ke Pantai Timur ini melibatkan semua pelajar SSJB dan guru. Jumlah yang pergi ke sana adalah seramai 150 orang.

Pihak sekolah telah menggunakan perkhidmatan 4 buah bas persiaran.
Kami bertolak dari SSJB pada pukul 5.00 petang lewat 2 jam kerana terdapat masalah yang perlu diselesaikan oleh En. Jabar di Balai Polis.

Kami tiba di Mersing untuk makan malam dan solat jamak kira2 jam 9.00 malam.
Waktu makan telah mengambil masa kira-kira satu setengah jam kerana tokeh warong terpaksa membuat tempahan seramai 150 orang .

Kami seterusnya bertolak dan pemandu bas berhenti di Bukit Besi kira2 setengah jam untuk mereka berehat pada pukul 4.00 pagi.

Seterusnya kami bersolat subuh di Masjid Sg. tong pada pukul 6.00 pagi dan sampai di tempat penginapan pada pukul 8.30 pagi.

Antara tempat yang dilawati adalah:
  • Bengkel Wayang Kulit, Dikir Barat di Kg Pulau Tebu, Tunjong
  • Muzium Kesenian Kraf
  • Pengkalan Kubor
  • Bengkel Membuat Wau
  • Pantai Cahaya Bulan
  • Kompleks Tamadun Islam Kuala Terengganu
  • Pasar Payang Kuala Terengganu
  • Nor Arfa Batik
  • Perusahaan Keropok Lekor
Kami bertolak pulang pada jam 5.00 petang
sampai ke sekolah pada pukul 2.30 pagi

3 comments:

  1. Semoga lawatan sambil belajar tersebut memberi banyak manafaat kepada semua yang menyertainya khususnya para pelajar. "Selamat Bercuti"

    ReplyDelete
  2. wah bestNya lawataN..
    walaU ke Mana Pun..
    SketcH book jgN lupa!

    ReplyDelete
  3. mmmm...banyak juga aktiviti. amat menarik sekali

    ReplyDelete