Slot yang dinamakan "Bersamamu Gaza" melibatkan wakil pelajar-pelajar dari semua bidang Kesenian.
Pada hari ini wakil dari Seni Teater dan Seni Tari telah bergabung tenaga dalam persembahan yang menarik iaitu Deklamasi Sajak Panjang Untuk Palestin.
Berhentilah membaca jika tidak ada perasaan
kasih dan sayang terhadap Al-Aqsa..
Sedang kita berseronok di sini..
Mereka menangis meratap kehilangan
Ayah.. Ibu.. Saudara.. Pemimpin..
Sesungguhnya Ayah mereka adalah ayah kita..
Ibu mereka adalah Ibu kita..
Dan mereka adalah saudara-saudara kita..
Sakit mereka sakit kita jua..
Sedarlah bahawa kita adalah Palestin
Dan Palestin adalah kita..
Sayang sekali ummat Islam di bumi Melayu
ini terlalu sibuk mengejar hiburan duniawi
dan kepentingan diri..
Di manakah integriti kita sewaktu
maruah Islam dihinjak..
diludah dan dicemuh Yahudi dan
konco-konconya di bumi Palestin..
Apakah sumbangan kita terhadap
perjuangan mereka yang berusaha
menegakkan Agama ALLAH ini..
Sehinggakan ada di antara mereka
yang bersolat juga terlalu kedekut untuk
menghantar semudah-mudah
doa buat perjuangan mereka..
Bukankah kita terlalu mementingkan diri kita sendiri?
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Kasihanilah mereka yang berada di bumi
nescaya kamu akan dikasihi oleh
mereka yang tinggal di langit."
Rasulullah S.A.W bersabda lagi yang bermaksud :
"Gambaran kehidupan orang yang
beriman dari segi kasih sayang,
saling bersimpati dan saling cinta mencintai
samalah seperti anggota tubuh yang jika
salah satu daripadanya mengadu kesakitan,
ia melibatkan seluruh anggota lain yang
tidak tidur malam dan demam."
Marilah kita tanamkan rasa cinta
di antara sesama muslim..
Hanya dengan itu sahajalah dapat
kita membangkitkan rasa sensitif
terhadap kezaliman dan pencemaran
Yahudi Laknatullah ke atas bumi suci Al-Aqsa
No comments:
Post a Comment