Peralatan Wayang kulit Kelantan telah pun sampai ke sekolah semalam.
Wayang Kulit adalah satu bentuk teater tradisional yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri dari pelbagai watak methologi dan khayalan dilarikan oleh seorang Dalang. Persembahan wayang kulit selalunya diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan atau gamelan dan juga alat tiupan (serunai) atau alat bertali (rebab).
Serunai Kelantan
Peralatan tersebut termasuklah satu Set panggung Wayang Kulit, pakaian, patung watak wayang kulit dan juga peralatan muzik yang dibawa dari Kelantan telah diletakkan di Studio Teater.
Wayang kulit adalah merupakan salah satu elemen yang terkandung di dalam sukatan pendidikan kesenian di sekolah seni yang mempunyai kesemua aspek seni iaitu muzik, teater, tarian dan seni visual.
Diharapkan dengan adanya peralatan ini, maka akan lebih mudahlah proses apresiasi terhadap muzik tradisi ini didedahkan kepada pelajar Sekolah Seni Johor Bahru.
Hari ini telah dijalankan bengkel gamelan anjuran bersama Sekolah Seni Johor Bahru dan Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru.
Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang sejarah, alat muzik gamelan, teknik permainan serta membuat komposisi lagu gamelan.
Tenaga pengajarnya adalah merupakan pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Muzik dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam yang berkemahiran tinggi serta berpengalaman luas dalam permainan gamelan.
Bengkel ini disertai oleh 20 orang pelajar bidang Seni Muzik Sekolah Seni Johor Bahru manakala Sekolah Tun Fatimah pula diwakili oleh 20 orang pelajar dari Kelab Gamelan sekolah tersebut.
Majlis penutup diakhiri dengan persembahan gamelan secara kumpulan yang turut disaksikan oleh Tn. Hj Ishak Mahbob selaku pengetua Sekolah Seni Johor Bahru.
Di dalam ucapan penutupnya beliau menyatakan program berbentuk linkages atau kerjasama di antara sekolah ini dan sekolah luar khususnya dalam bidang kesenian adalah merupakan salah satu aspek yang dijalankan oleh pihak sekolah bagi merapatkan hubungan serta bertukar-tukar idea dan ilmu di antara kedua-dua sekolah.
Tarikh : 28 Januari 2008 Masa : 3.15 - 4.00 petang
Produksi 1 Seni Tari dan Seni Muzik akan diadakan pada 24 Mei 2008. Koreografer bagi 1 Nilam ialah Athirah Najwa bte Rosli. Bagi lagu tarian yang digunakan bertajuk Joget Mengambil Hati. Penyediaan set pula sudah siap 40% rangkanya tetapi belum diwarnakan lagi. Ajk busana telah berjaya mendapatkan baju pengantin tetapi bagi baju penari masih belum pasti lagi.Ajk yang lain telah pun membuat persiapan mereka masing-masing.
Kelas 1 Zamrud pula sudah membuat persiapan mereka tersendiri kata koreografer kelas tersebut iaitu Nurul Aidilla Syamimie.Antaranya,lagu bagi tarian mereka gunakan ialah Zapin Dia Datang.Ajk penyediaan set pula sudah menyiapkanbeberapa rangka set mereka.Bagi penyediaan props,mereka menggunakan guni dan daun kering manakala penyediaan busana pula akan di usahakan untuk meminjam busana daripada Yayasan Warisan Johor dan meminta pertolongan pelajar lelaki untuk meminjamkan sampin mereka untuk digunakan dalam busana mereka.
Bagi kelas 1 Topaz,koreografer mereka iaitu Nur Farhana telah memilih lagu yang bertajuk Rancak Bertemu dan lagu Canggung.Selain itu,busana bagi penari sudah ada tetapi masih belum dibawa lagi.Ajk busana juga memerlukan pelajar lelaki meminjamkan songkok tinggi mereka.Ajk Tatarias pula sudah siap bersedia dengan lakaran dan surat sudah siap dibuat.Penyediaan set,props,dan tatacahaya pula akan siap dilakukan selepas cuti tahun baru cina. Bagi ketiga-tiga kelas, peralatan muzik yang diperuntukkan bagi kesemua lagu ialah set angklung, kompang, jidur, harmonium, violin, gitar, rebana, set gendang, gamelan dan gitar bass.Bagi pengurusan muzik,ahli pemain muzik tidak mencukupi untuk menyempurnakan persembahan.Mereka memerlukan pemain muzik khususnya alat muzik tradisional seperti gendang,gamelan dan sebagainya. Sekian, terima kasih.
BAKAT seni warga pendidikan yang akan ditonjolkan menerusi Konsert Kementerian Pelajaran ke-10 di Dewan Plenary KLCC, pada 14 Mac ini turut mendapat pendedahan peringkat antarabangsa di mana ia akan disaksikan delegasi Menteri Pelajaran Asean yang berada di Malaysia sempena Persidangan Majlis Menteri-Menteri Pelajaran Asia Tenggara dan Mesyuarat Menteri-Menteri Pelajaran Asean.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, berkenan berangkat menyaksikan konsert itu.
Diana Adha Mohd Abid (paling kanan)- Empat Dara
Konsert tahun ini bertema Gema Gemilang dibahagikan kepada enam segmen persembahan.
Persembahan akan dimulakan di luar dewan oleh 48 pemuzik yang akan memperdengarkan paluan gendang seirama kompang, gendang Cina dan gendang India sebagai simbolik perpaduan bangsa Malaysia bagi menyambut ketibaan tetamu kehormat.
Seterusnya, persembahan dalam dewan yang membabitkan 37 judul lagu akan dimulakan dengan segmen pertama iaitu Persembahan Buka Panggung menampilkan gubahan moden dan tradisional yang mengandungi elemen wayang kulit dan mak yong.
Ia diikuti segmen Gema Warisan iaitu persembahan medley lagu rakyat dan permainan tradisional kanak-kanak serta rentak Melayu dan Gema Lagenda iaitu medley lagu ciptaan dan nyanyian tokoh lagenda seni muzik negara, Tan Sri P Ramlee, Puan Sri Saloma dan M Shariff.
Menerusi Gema Malaysia pula lagu kontemporari Melayu, Cina dan Tamil, iaitu lagu Lelaki Ini, Tong Hua dan Kanavellam, yang menggambarkan keutuhan masyarakat majmuk di Malaysia akan dipersembahkan.
Persembahan medley lagu negara Asia Tenggara turut ditampilkan menerusi segmen Gema Asean bagi meraikan delegasi Menteri Pelajaran Asean yang hadir pada konsert berkenaan. Segmen Gemilang Warisan pula membabitkan persembahan insrumental mengandungi unsur muzik moden dan tradisional sebelum lagu tema konsert Dirgahayu Tuanku dinyanyikan sebagai acara penutup acara berkenaan.
Konsert Kementerian Pelajaran, cetusan idea Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menjadi Menteri Pelajaran, diadakan sejak 1997 sebagai pemangkin kepada warga seni muzik di bawah kementerian itu mempamerkan dan menghayati nilai estetika serta profesionalisme ke arah melahirkan masyarakat yang menghargai karya seni.
SSJB turut berjaya menampilkan beberapa bakat besar dalam bidang nyanyian dan muzik. Mereka ialah:
En Ahmad Nazri Nordin (Spark) selaku Ketua Rhythm Section dan Arranger lagu Lelaki Ini, Tong Hua dan Kanavellam.
10 orang pelajar terlibat sebagai krew.
MAZLAN BIN ABDULLAH MUHD. AMZAR BIN MOHAMED AMIRRUL AFFIK BIN TUMIAN NAZREEN HAFIZ BIN AZMAN MUHD NUR FAIZUDDIN BIN MOHD FUAD MUHD FIQRY IQMAL BIN MOHD FADZLI MOHD SHAHRIN BIN SULAINI QUIZER ALIFF BIN MOHD MOHSIN MUHD HAZWAN BIN MOHD ZAKI MUHD NABIL BIN AZAHARI
Hari ini Ujian kibod skel D major menaik dan menurun 2 oktaf dijalankan setelah selesai PnP. Pelajar dikehendaki untuk memainkan skel tersebut mengikut tempo yang telah ditetapkan.
Aspek teknikal yang dinilai adalah:
1. Not yang betul. 2. Penjarian
Setiap permainan kibod oleh pelajar telah dirakam dengan menggunakan perisian Cakewalk sonar 7.0 sebagai evidens atau catatan bukti.
Bengkel Muzik ini telah dianjurkan oleh Sekolah Seni Johor Bahru dan dipimpin oleh ProVoiz Consultancy & Services di bawah pimpinan Pn Siti Hajar dan Pn Hjh Zinlili Hj Abdul Latif.
Seramai 136 orang pelajar tingkatan 1 dan 2 Sekolah Seni Johor Bahru dan 25 orang pelajar Sekolah Seni Kuching telah mengikuti program selama 3 hari 2 malam ini.
Program ini telah mendedahkan pelajar kepada sebutan vokal yang betul. Pelbagai aktiviti yang menarik seperti latihan bunyi hissing, bubling, tongue drill dan latihan pernafasan telah diajar bagi membetulkan sebutan yang baik dan berkesan.